Rekaan Jam Tangan Mewah D1 Milano Buat Anda Dan Pasangan. D1 Milano menawarkan rekaan jam tangan yang mewah buat anda dan pasangan


By JELITA, 22 October 2018. 
Inginkan gaya yang mewah dan selesa untuk diri sendiri dan pasangan? D1 Milano kini menawarkan rekaan jam tangan baru yang menakjubkan untuk anda dan pasangan. Super Slim untuk wanita dan P701 untuk lelaki.
Chic namun sangat selesa untuk digayakan, jam tangan ini sememangnya menarik perhatian dengan reka bentuk yang sinonim dengan rekaan signatur jam tangan harian jenama D1 Milano. Dibuat daripada 40 mm keluli tahan karat dengan pergerakan kuarza dengan ketebalan hanya enam mm dan dipadankan dengan dua jenis tali iaitu daripada kulit suede Itali atau gelang keluli tahan karat. Ia boleh didapati dalam pilihan dail Automatik dan Skeleton, P701 lebih menonjol dari yang lain dan ia juga sangat ringan untuk dipakai di pergelangan tangan.

Bagi koleksi Super Slim, ia direka dengan keluli tahan karat 36 mm dengan pilihan tali yang boleh ditukar ganti sama ada Petron, kulit atau kulit daripada Milan. Koleksi terbaru daripada D1 Milano ini pasti mempunyai sesuatu yang ingin ditawarkan kepada anda. Tidak kira anda sedang bekerja, memandu atau menghabiskan masa bersama rakan anda, D1 Milano adalah teman sempurna untuk melengkapkan gaya harian anda. Koleksi jam tangan terbaru ini berharga RM 900 hingga RM 2900.

Koleksi terbaru ini boleh didapati di butik jam tangan ternama, Solar Time atau menerusi dalam talian www.solartime.com. Ia boleh didapati bermula Oktober 2018.