REKAAN JAM TANGAN ESPRIT JADI TARIKAN

By Jelita ,  30 May 2019    

ESPRIT kini tampil dengan koleksi jam tangan yang diilhamkan daripada alam semula jadi. Jam tangan ini boleh didapati dalam rona yang sinonim dengan musim panas dan digabungkan dengan fabrik kulit yang lembut dan rekaan struktur yang pelbagai. Jam tangan ini melambangkan erti nama ESPRIT yang bermaksud kualiti dan “joiedevivre” (keseronokan dalam hidup)

Koleksi ESPRIT Bloom Pearls

 

Sekiranya anda punya temu janji dengan insan istimewa atau perjumpaan dengan ketua atau bos, jam tangan ini pasti akan menyerlahkan lagi penampilan anda. Rekaan halus pada dail memberikan aura sporty pada penampilan dan ia dipadankan dengan mutiara batu pasir yang berkilauan pada tali kulit jam tangan tersebut, sekali gus memberikan keunikan pada jam tangan ESPRIT.

 

 

Koleksi jam tangan ini mempunyai case keluli tahan karat dengan diameter 32 mm. Dipadankan dengan tali jam daripada kulit atau Mesh. Dilengkapi dengan pergerakan kuarza dan ia juga kalis air. Harga untuk koleksi ini adalah daripada RM 489 sehingga RM 529

 

 

Koleksi ESPRIT Mini Stones

 

Dijemput hadir ke majlis rumah terbuka mahupun majlis keramaian? ESPRIT punya jam tangan yang sesuai untuk anda. Jam tangan bersaiz mini ini hadir dengan sentuhan retro. Jam tangan ini dilengkapi dengan tali daripada Mesh lembut yang pasti akan membuatkan anda rasa selesa tika memakainya. Struktur bezelnya yang berkilau melengkapkan rekaan jam tangan ini.

Jam tangan ini dilengkapi dengan case keluli tahan karat dengan ukuran diameter 28 mm dipadankan dengan tali keluli tahan karat Mesh. Disempurnakan dengan pergerakan kuarza, kalis air dan harganya bermula dari RM 529 sehingga RM 569

Koleksi ESPRIT Yen

 

 

Koleksi jam tangan ini mempunyai case elegan yang menempatkan batu berkilauan sepanjang bahagian bezel pasti akan membuatkan anda kelihatan berseri daripada biasa. Anda boleh memilih daripada versi salutan emas penuh atau salutan warna yang berbeza.

 

 

Jam tangan ini mempunyai case keluli tahan karat dengan ukuran diameter 34 mm. Anda boleh memilih tali jam tangan daripada kulit lembu atau gelang keluli tahan karat. Dilengkapi dengan pergerakan kuarza, jam tangan ini kalis air dan harganya bermula dari RM 489 sehingga RM 619.

 

 

 Setiap koleksi jam tangan ESPRIT boleh di dapati di butik Solar Time atau layari Solar Time untuk lebih maklumat lanjut.