REKAAN ANTIK JADI TARUHAN JAM TANGAN BONIA BNB 10533

By Jelita 

Jam tangan Bonia BNB 10533 kini membawa mesej dari masa lalu yang mengingatkan kita bahawa reka bentuk antik harus dihormati dan sentiasa diingati.

Jam tangan ini menawarkan reka bentuk klasik dengan case berbentuk bulat. Mengelilingi dail jam adalah bezel berwarna dengan empat kristal Swarovski yang menonjol pada setiap satu kedudukan kardinal. Di tengah dail pula di kelilingi oleh angka tulisan Rom yang membuatkan penerangan masa lebih mudah dan elegan.

Jam tangan ini dibuat dalam dimensi lelaki, bagaimanapun wanita masih boleh memakainya jika anda sukakan case bersaiz besar. Mempunyai diameter berukuran 42 mm dan diperbuat dengan keluli tahan karat. Pergerakan jam ini dikuasakan oleh pergerakan kuarza Jepun yang berkualiti tinggi dan tepat. Ia juga kalis air sehingga 50 meter. Dilengkapi dengan fungsi bijak, jam tangan ini menawarkan masa yang tepat dengan tangan jam, minit dan saat bersama dengan tetingkap tarikh pada kedudukan jam enam. Seperti jam tangan Bonia yang lain, jam ini juga dipasang dengan kristal nilam telus. Pada bahagian gelang jam pula, dihiasi dengan rekaan seperti tali yang unik dan disudahi dengan double butterfly clasp. Tema reka bentuk ini juga boleh dilihat pada crown jam ini yang menawarkan gambaran seni bina dari zaman kuno.

Hadir dalam empat warna kombinasi berbeza, rose gold dengan biru, perak dengan biru, perak dengan rose gold dan rose gold dengan hitam. Padan dengan butiran mutiara yang menghasilkan kilauan berbeza mengikut sudut cahaya yang memancar jam tangan anda.

Jam tangan ini berharga dari RM 798 sehingga RM 868.