JAM TANGAN ALAIN DELON TAMPIL DENGAN REKAAN MODEN

By Jelita , 6th September 2019 

 

Sesuai dihadiahkan kepada suami atau ayah anda

Babak baru jam tangan futuristik muncul dengan kedatangan Alain Delon siri AD446C dan AD447C. Peminat jam tangan daripada jenama Alain Delon ini pasti tidak akan kecewa dengan siri jam tangan yang terbaru ini.

AD446C

AD446

AD447C

Dipersembahkan sebagai jam tangan chronograph dengan memberikan penekanan pada reka bentuk yang berani pada case dan dail jam tangan tersebut. Sekali gus memberikan aura moden pada jam tangan sukan tersebut. Tambahan dengan warna menarik, jam tangan ini pasti akan menjadi tarikan ramai. Dengan ciri teknologi tinggi yang sesuai dengan tema teknikal jam tangan ini, pembinaan jam ini menggunakan bahan canggih yang dapat membantu memanjangkan jangka hayat jam tangan ini.

Koleksi jam tangan AD446C datang dalam lima skema warna yang berbeza- rose gold dengan hitam, rose gold dengan biru, kelabu, hitam dan hitam dengan hijau. Kedua siri ini datang dengan case yang terukir dan crown yang ditandatangani. Case jam ini berukuran 46 mm manakala pada bahagian dail pula, jam tangan ini menawarkan pelbagai ciri menarik. Ini termasuklah chronograph yang terletak pada kedudukan enam, sembilan dan 12.

Chronograph itu berfungsi dengan bantuan pemetik yang terletak di bahagian atas dan bawah crown jam tersebut yang turut disediakan dengan pelindungan untuk mengelakkan tekanan serta untuk menambah minat estetik. Tetingkap tarikh terletak pada posisi jam empat. Tangan jam dan minit dipamerkan dalam warna nude manakala tangan saat dan beberapa bahagian pada Chronograph diwarnakan dengan warna merah terang untuk menarik perhatian dan juga untuk memudahkan pengguna untuk membaca masa.

Satunya perkara yang membezakan dua siri ini adalah tali yang digunakan. AD446C datang dalam tali kulit yang dijahit dalam warna sepadan. AD447C sebaliknya mempunyai gelang logam mesh dengan warna yang sepadan. Siri AD446C mempunyai kancing tang manakala AD447C mempunyai kancing cangkuk yang sesuai untuk gelang logam mesh.

Sama seperti jam tangan yang lain, jam ini dikuasakan dengan pergerakan kuarza Jepun yang boleh dipercayai. Jam tangan ini juga kalis air sehingga 50 meter. lebih menarik, jam tangan ini diperbuat daripada logam aloi. Bahan ini dapat memberikan penamat yang memancarkan kilauan manakala kristal yang melindungi bahagian dail diperbuat daripada mineral kaca.

Dua siri ini menawarkan banyak pilihan menarik kepada mereka yang mahukan jam tangan yang menarik. Penggemar jenama Alain Delon tidak boleh lepaskan peluang untuk dapatkan jam tangan ini pada harga RM 398 sehingga RM 468.

Seperti semua jam tanganAlain Delon yang lain, jam ini boleh didapati di www.solartime.com, butik SOLAR Time dan kedai menjual jam mewah di seluruh dunia.