DUA JAM TANGAN UNTUK GAYA LEBIH RANGGI! Hadir dalam rekaan yang unik dan versatil!

FASHION & BEAUTY | JELITA | JANUARY 17, 2020 
By Nur Sofea

Trend jam tangan sukan kian mendapat sambutan tinggi di kalangan orang ramai terutama yang mengamalkan gaya hidup aktif. Oleh itu, banyak jenama jam tangan yang telah mengeluarkan koleksi jam tangan sukan yang menepati citarasa pengguna. Orient Star turut menghasilkan dua jam tangan sukan untuk dua aktiviti berbeza. Jam tangan sukan untuk menyelam dan ketika melakukan aktiviti luar. Keduanya pasti akan buat anda teruja.

 

 Orient Star Diver Sports Collection

Jam tangan kalis air sehingga 200 meter ini terdiri daripada empat model dengan reka bentuk case yang sama.

 

 Antara ciri jam tangan Orient Star Diver Sports Collection adalah:

  • Sesuai dengan IOS dan kalis air sehingga 200 meter.
  • Reka bentuk indeks dan kapsul menghasilkan rekaan yang ringkas tetapi bergaya.
  • Jumlah angka yang minimal pada case menghasilkan gaya yang lebih ringkas dan unik sekali gus membuatkan jam tangan ini sesuai digayakan di pejabat mahupun di luar.

 

  • Penanda jam diletakkan pada dail yang luas dalam latar belakang yang kontra untuk memudahkan pengguna membaca masa. Index pula dihiasi dengan cat bercahaya untuk meningkatkan kecerahan dan memastikan pengguna boleh melihat masa walaupun di dalam laut dalam atau sewaktu melakukan aktiviti menyelam pada wkatu malam.
  • Tali yang boleh laras memudahkan pengguna untuk menyesuaikan saiz tali apabila memakai sut menyelam.
  • Penunjuk rizab kuasa, ikon untuk rekaan jam tangan Orient diletakkan pada kedudukan jam 12.
  • Jam tangan ini dijual pada harga daripada RM 3,300 sehingga RM3, 950. Ia boleh didapati di butik Solar Time, butik Orient dan butik jam tangan di seluruh dunia.

RE-AU0201E

Jam tangan rekaan Jepun ini direka untuk gaya yang lebih kotemporari. Gabungan dail rona hijau dan case rona hitam menjadikan jam tangan ini lebih klasik. Bersama dengan tali kulit coklat, jam tangan ini memancarkan aura yang menggalakkan anda untuk meneroka ke luar rumah dan menikmati aktiviti yang diminati.

 

Case jam tangan itu datang dalam diameter 41 mm. Terletak di sebelahnya adalah crown berbentuk seperti bawang besar yang membolehkan anda menentukan masa dengan mudah. Penunjuk rizab diletakkan pada jam 12 tepat di bawah nombor Arab 12. Kardinal penanda jam yang lain juga direka dalam fon arab dengan penanda baton sebagai penanda masa yang lain.

Penanda jam dan minit  berbentuk seakan pedang serta jarum saat berfungsi dengan sempurna bersama penanda rona krim untuk memberitahu masa tanpa sebarang masalah. Dan pada kedudukan jam tiga terdapat tertingkap tarikh. Semuanya diletakkan dalam satu rekaan yang sempurna.

Untuk jam tangan ini dikuasai oleh pergerakan dalaman Made-In-Japan yang menakjubkan. Pergerakan automatik Jepun  F6N43 yang mengagumkan ini menyediakan 50 jam rizab kuasa dan anda boleh melihatnya sendiri melalui paparan caseback pada jam tangan tersebut.

 

Jam tangan dengan case keluli tahan karat ini juga kalis air sehingga 100 meter.Jam tangan ini turut dilengkapi dengan tali kulit rona coklat yang dijahir tangan untuk dipadankan dengan dail rona hijau yang boleh dilihat menerusi anti-reflektif yang bersalut kristal nilam di bahagian depan. Tali ini dikunci dengan buckle yang telah disalut untuk dipadankan dengan case jam tersebut.

 

Dijual pada harga RM3,400, jam tangan ini boleh didapati di butik Solar Time dan butik jam tangan lain di seluruh dunia. Untuk lebih info layari,  www.solartime.com